RAWATAN RAMBUT GUGUR di DAMANSARA

Penyebab Rambut Gugur | Rawatan Rambut Gugur | PRP | Kelemumur

Rambut tumbuh setiap hari dan rambut gugur setiap hari juga, berapa banyak rambut harus gugur setiap hari? Lebih kurang 90% daripada rambut dalam fasa pertumbuhan, 10% dalam fasa rehat. Masalah timbul apabila keguguran rambut yang teruk dan tidak normal, akhirnya alopecia akan berlaku.


8 PENYEBAB RAMBUT GUGUR

8 penyebab rambut gugur yang biasa dijumpai di kalangan masyarakat Malaysia, dan masalah kesihatan yang boloeh menyebabkan keguguran rambut yang tidak normal.

01

Masalah Stres

02

Masalah Hormon - Penyakit Kelenjar Tiroid

03

Penyakit sistemik lupus erythematosus

04

Kesan Sampingan Ubat Kanser

05

Alopecia Androgenik

06

Jangkitan Kulat

07

Alopecia Areata

08

Trichotillomania

KUNJUNGI LAMAN RAMBUT GUGUR  KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KELEMUMUR

Kelemumur adalah keadaan di mana pengelupasan kepingan kulit dari kulit kepala secara berlebihan dan tidak normal, biasanya berlaku di kalangan rakyat Malaysia dengan cuaca panas setiap hari, masalah kelumumur yang lebih teruk terutama pada orang dengan masalah ekzema, psoriasis, jangkitan kulat atau kelenjar minyak yang terlalu sensitif. Masalah kelemumur merupakan salah satu punca utama rambut gugur di Malaysia, lebih daripada 50% kes rambut gugur disebabkan oleh masalah kulat kelemumur.


RAWATAN RAMBUT GUGUR

Rawatan rambut gugur bergantung kepada masalah penyakit seperti yang disenaraikan diatas, penyiasatan harus dijalankan untuk mengesahkan punca keguguran rambut. Jangkitan kulat boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti-kulat, selain itu, ubat seperti minoxidil dapat memperlahankan masalah rambut gugur di kalangan lelaki dan perempuan. Dr Adam akan memberikan rawatan yang paling berkesan selepas mengesahkan punca penyakit rambut gugur.


BAGAIMANA PRP BERFUNGSI?

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana prp berfungsi? Mengapa mengambil sedikit darah dari badan anda kemudian menumpukannya akan membawa hasil penyembuhan yang luar biasa di kawasan yang dirawat? Penyelidikan menunjukkan bahawa plasma kaya platelet mempunyai 2 - 8x faktor pertumbuhan yang dimiliki plasma normal dalam darah, yang bermaksud kawasan yang dirawat dengan prp akan menerima potensi penyembuhan yang optimum.

aesthetic laser skin clinic malaysia monette dr adam injection olivia

Walau bagaimanapun, nilai kepekatan maksimum masih bergantung kepada banyak faktor seperti usia pesakit, kecergasan fizikal pesakit dan protokol klinikal yang digunakan untuk mengekstrak prp, klinik estetik yang berbeza boleh menggunakan bahan tambahan yang berbeza untuk memproses prp, di Klinik Monette Ansley, kami enggan menggunakan bahan tambahan pada PRP kami, kami menggunakan teknologi terkini dari Amerika Syarikat, iaitu pengaktifan foto, tanpa memerlukan bahan tambahan kimia, menjadikan prp kami adalah bentuk paling murni di pasaran.


SAKIT LUTUT

Menurut laporan penyelidikan terkini mengenai rawatan suntikan PRP merawat sakit lutut, sebanyak 80% pesakit tidak rasa sakit lutut walaupun hanya selepas satu kali rawatan. Rawatan PRP membantu tubuh membaik pulih tisu lutut yang rosak dengan kandungan GF yang tinggi di dalam PRP. Rawatan plasma kaya darah ini semakin diminati oleh raykat Malaysia, dan menjadi trend terkini kerana kos yang lebih murah jika dibandingkan dengan ubat sakit lutut, rawatan pembedahan dan rehabilitasi selepas pembedahan.


KLINIK AESTHETIC PALING POPULAR DI MALAYSIA

Klinik Monette Ansley dengan Dr Adam

BOOK A FREE CONSULTATION